Disempurnakan Oleh: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Bersama-sama YTM Undang Yang Empat Dan YTM Tunku Besar Tampin.
Sekitar Majlis Istiadat Menjunjung Kasih dan Lafaz Taat Setia Ke Bawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato’ Klana Petra Mubarak Al-Haj Undang Luak Sungei Ujong pada hari ini 2 Syawal 1444 Hijriah bersamaan 23 April 2023.
Sekitar Majlis Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri bersama Yang Teramat Mulia, Dato’ Klana Petra Mubarak Al Haj di Balai YTM Undang Luak Sungei Ujong pada hari ini 1 Syawal 1444H bersamaan 22 April 2023.
Kerapatan Cucu Cicit Piut Kebawah Kaus YTM Dato Klana Petra Ma’amor Bin YM Dato Menteri Kassim Di Telapak Warisan Balai YTM Dato Klana Petra Mohamad Yusof.
Sekitar Majlis Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri bersama Yang Teramat Mulia, Dato’ Klana Petra Mubarak Al Haj di Balai YTM Undang Luak Sungei Ujong pada hari ini 1 Syawal 1444H bersamaan 22 April 2023.
Olek Malam 7 Likur di Telapak Warisan Balai YTM Dato Klana Petra Muhamad Yusoff, Pantai Batu 8.
Sepetang Di Telapak Warisan Balai YTM Dato Klana Petra Lela Setia Muhamad Yusof























































































Istiadat kerjan secara umumnya bermaksud ‘menegakkan dan memasyhurkan kerajaan’. Di Sungei Ujong, istilah berkenaan digunakan khas dan eksklusif untuk adat istiadat menabalkan YTM Dato’ Klana Petra.
Istilah kerjan itu khusus untuk YTM Dato’ Klana Petra kerana hanya beliau mempunyai kerajaan di Sungei Ujong sebagai Undang Luak dan Raja bersama bagi Negeri Sembilan Darul Khusus berdasarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan akta serta enakmen negeri yang berkaitan.
Mengimbas kembali istiadat kerjan YTM Dato’ Klana Petra Dato’ Haji Mubarak Dohak pada Jun 2005, ia berlangsung selama lima hari dan lima malam. Pada hari pertama semua alat kebesaran dibawa keluar di Balai Undang dan di Telaga Undang.
Lembaga Waris Klana, YM Dato’ Johan dan YM Dato’ Maharaja Lela kemudian mengisytiharkan istiadat bermula. Serentak dengan itu, panji rasmi Luak Sungei Ujong dikibarkan dan tembakan meriam penghormatan (gun salute) sebanyak sembilan das diletupkan.
Upacara-upacara penting sepanjang lima hari dan lima malam istiadat kerjan YTM Dato’ Klana Petra ialah:
-makan beradat oleh semua Dato’-Dato’ Lembaga dan juak-juak hulubalang
-istiadat berlangir
-istiadat saudara dalam
-istiadat menziarah makam
-majlis mengadap dan perarakan
-majlis menyerah persembahan
Istiadat kerja YTM Dato’ Klana Petra turut diselang-selikan dengan upacara keagamaan seperti tahlil dan bacaan ayat-ayat al-Quran sepanjang lima hari itu.
Ditegaskan bahawa istilah istiadat kerjan sama sekali TIDAK TERPAKAI bagi YAM Dato’ Shahbanda Sungei Ujong dan Dato’-Dato’ Lembaga serta Buapak-buapak di seluruh Luak Sungei Ujong.
Mengikut Adat Purbakala Luak Sungei Ujong istilah sebenar ialah ISTIADAT PEMASYHURAN untuk YAM Dato’ Shahbanda dan Dato’-Dato’ Lembaga serta Buapak-buapak di seluruh Luak Sungei Ujong.
Upacara-upacara semasa istiadat pemasyhuran hampir sama dengan istiadat kerjan, cuma pada skala lebih kecil dan cara penghormatannya berbeza mengikut hierarki Dato’-Dato’ Lembaga serta Buapak-buapak. Namun, asasnya kerapatan pelantikan dan kenduri kesyukuran sudah cukup dianggap sebagai istiadat pemasyhuran. Jika Dato’ Lembaga, acara istiadat pemasyhuran lazimnya membabitkan:
-kerapatan pelantikan
-makan beradat oleh Buapak-buapak dan anak-anak waris di telapak
-istiadat menziarah makam
-majlis mengadap oleh Buapak-buapak dan anak-anak waris di telapak
-kenduri doa selamat dan tahlil
Jika Buapak, acara ketika istiadat pemasyhuran lazimnya membabitkan:
-kerapatan pelantikan
-majlis mengadap anak-anak waris di telapak (Dato’ Lembaga boleh hadir sebagai tetamu kenamaan)
-istiadat menziarah makam
-kenduri doa selamat dan tahlil
Nota 1: YAM Dato’ Shahbanda Sungei Ujong boleh membawa alat kebesaran dan berhak mendapat tembakan meriam penghormatan (gun salute) sebanyak empat das semasa istiadat pemasyhuran.
Nota 2: Semua YM Dato’-Dato’ Lembaga di Luak Sungei Ujong berhak mendapat tembakan meriam penghormatan (gun salute) sebanyak tiga das ketika istiadat pemasyhuran mereka.
Nota 3: Hanya lima Dato’-Dato’ Lembaga boleh membawa alat kebesaran semasa istiadat pemasyhuran kerana mempunyai juak-juak hulubalang sendiri iaitu YM Dato’ Andulika Mandulika, YM Dato’ Seri Maharaja Diraja, YM Dato’ Akhirulzaman Rantau, YM Dato’ Johan dan YM Dato’ Maharaja Lela.
Nota 4: YM Dato’ Muda Linggi, YM Dato’ Muda Labu dan YM Dato’ Dagang Paroi berstatus Dato’-Dato Lembaga Bergajah Tunggal (mempunyai kuasa autonomi), maka istiadat pemasyhuran tertakluk pada adatnya sendiri di kawasan masing-masing.
Nota 5: Semasa istiadat kerjan, semua (termasuk kerabat diraja mana-mana negeri Melayu) dikehendaki merafak sembah menjunjung kasih YTM Dato’ Klana Petra apabila mengadap sebagai tanda memuliakan dan membesarkan Undang Luak Sungei Ujong.
Nota 6: Bagi istiadat pemasyhuran, anak-anak waris dikehendaki merafak sembah menjunjung kasih YAM Dato’ Shahbanda, YM Dato’ Andulika Mandulika, YM Dato’ Seri Maharaja Diraja, YM Dato’ Johan dan YM Dato’ Maharaja Lela sebagai tanda memuliakan dan membesarkan lantaran kedudukan mereka sebagai Waris Negeri.
Nota 7: Selain pembesar-pembesar disebutkan dalam Nota 6, istiadat pemasyhuran Dato’-Dato’ Lembaga serta Buapak-buapak tidak perlu merafak sembah. Cukup sekadar tunduk hormat dan bersalaman sebagai memuliakan dan membesarkan mereka. Bagaimanapun mereka boleh memakai alat kebesaran yang diwarisi semasa istiadat (contoh keris atau badik dll).
Sumber penceritaan daripada:
1) YM Dato’ Andulika Mandulika Tua Lembaga Tiang Balai Undang Sungei Ujong, 2022
2) YM Dato’ Johan Lembaga Waris Klana di-Hulu Sungei Ujong, 2022
3) JMBRAS, Adat Sungei Ujong, 1895
3) JMBRAS, Sungei Ujong, J.M Gullick, 1949
4) The Rulers of Malaysia, Tun Ahmad Sarji, Archipelago Press, 2011
Hak Cipta © Majlis Dato Lembaga Adat Sungai Ujong 2023. All Rights Reserved | Dikemaskini pada 01 Januari 2024.