Pada 17 Disember 2023, guru-guru silat menghadap YM Dato’ Johan Tua Tahu Lembaga Waris Klana di-Hulu.
Bertempat di Telaga Undang, guru-guru silat berkenaan turut diiringi YM Dato Raja Melana Buapak Waris Rantau. Hadir sama YM Dato’ Penghulu Dagang Lembaga Lingkungan Lenggeng.
Pada istiadat menghadap itu, guru-guru silat yang mewakili Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia memohon restu untuk membuka gelanggang dan mengajar anak bangsa seni bela diri di bawah panji Sungei Ujong.
YM Dato Johan Tua Tahu mengalu-alukan hasrat guru-guru silat ini dan meminta supaya bekerjasama rapat supaya dapat menaikkan semangat jati diri Melayu.
Pada istiadat itu juga YM Dato Johan Tua Tahu menerangkan Adat Purbakala Sungei Ujong dan peranan Dato’-Dato’ Lembaga di Sungei Ujong serta isu-isu berbangkit lain.