Dato’ adat atau pembesar adat di Luak Sungei Ujong memakai gelaran pada pangkal nama bagi menyatakan sebahagian sifat khusus dato’/pembesar adat itu.
Selaras Adat Purbakala, ia diperakui menerusi Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan dan Fasal 32 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Undang-undang sama juga memperincikan hak pemegang-pemegang gelaran dato’ adat atau pembesar adat bersama pasangannya memakai gelaran dan panggilan hormat di negara ini.
Mengikut Adat Purbakala Luak Sungei Ujong, hanya dato’ adat atau pembesar adat yang memegang pusaka bergelar sahaja yang isterinya dibenarkan memakai gelaran hormat.
Gelaran dan panggilan hormat itu sebahagian protokol mengikut amalan Bahasa Melayu Tinggi. Ia berbeza dengan gelaran pasangan dato’ atau datuk darjah kebesaran Persekutuan atau negeri dianugerah kepada individu berjasa.
Berikut panggilan hormat YTM Dato’ Undang dan pasangan, YM Dato’-Dato’ Lembaga dan pasangan serta YM To’-To’ Buapak dan Waris-waris.
Penyandang : Yang Teramat Mulia Dato’ Klana Petra�Pasangan : Yang Amat Mulia Tok Puan
Penyandang : Yang Mulia Dato’ Lembaga (ikut gelar)�Pasangan : Yang Mulia Che Puan
Penyandang : Yang Mulia Dato’ Orang Besar (ikut gelar)�Pasangan : Yang Mulia Che Puan
Penyandang : Yang Mulia Ibu Soko Waris Negeri�Pasangan : Yang Mulia Semenda Waris Negeri
Penyandang: YM Orang Besar Lembaga Waris Negeri (ikut gelar)
Pasangan: YM Che Puan
Penyandang: YM Orang Besar Lingkungan (ikut gelar)
Pasangan: Yang DiHormati Puan
Penyandang : Yang Mulia To’ Buapak�Pasangan : Yang DiHormati Puan
Penyandang : Yang Mulia Anak Waris Negeri�Pasangan : -tiada-
�Nota 1: Gelaran Datin / Datin Seri / Datin Seri Utama hanya untuk pemegang darjah kebesaran negeri.
Nota 2: Dato’ darjah kebesaran boleh diberi kepada sesiapa termasuk orang kebanyakan asalkan mendapat perkenan Raja negeri. Mereka juga hanya dibenar memakai predikat Yang Berbahagia Dato’ pada pangkal nama.
Nota 3: Tidak semua orang boleh menjadi dato’/pembesar adat dan biasanya penyandang dipilih berdasarkan garis salasilah dan keturunan tertentu sahaja.
Nota 4: Gelaran dan pusaka dato’/pembesar adat hanya boleh diwarisi dan diperturunkan mengikut nasab keluarga dan boleh memakai predikat Yang Mulia Dato’ pada pangkal nama.
Nota 5: Waris Negeri ialah Waris Klana di-Hulu / di-Hilir, Waris di-Ayer dan Waris Andulika Mandalika.
�Sumber:�Manuskrip Gelaran Pembesar Melayu di Negeri Sembilan, 2023.