Chupak yang pěpat
Gantang yang piawai,
Bungkal yang betul
Těraju yang baik,
Tidak boleh di-paling lagi.

SISTEM PEMERINTAHAN SUNGEI UJONG

Paterana Kebawah Kaus YTM Dato Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong.

Balai Istiadat dan Kediaman Kebawah Kaus YTM Dato Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong.

Peterana Telaga Undang Luak Sungei Ujong.

Telaga Undang Luak Sungei Ujong, Pusat Adat Purbakala

Alat Kebesaran Telaga Undang Luak Sungei Ujong.

MAKNA WARIS BERUNDANG & LEMBAGA BERUNDANG DI NEGERI SEMBILAN

WILAYAH SERI MENANTI

LUAK SUNGEI UJONG

LUAK JELEBU

LUAK JOHOL

LUAK REMBAU

WILAYAH TAMPIN

Kongsikan:

Negeri Sembilan dan Perak mengamalkan sistem beraja berlainan dari negeri-negeri Melayu lain.

Perak terkenal dengan sistem penggiliran raja bergelar membabitkan beberapa kerabat diraja Perak daripada Sultan Ahmad Tajuddin Shah ibni Sultan Muhamed Shah, sultan Perak ke-18.

Sistem beraja Negeri Sembilan melibatkan pemerintahan YTM Dato’ Undang Yang Empat, YTM Tunku Besar Tampin dan YAM Tuan Besar berpusat di Seri Menanti.

Bagi YTM Tunku Besar Tampin, individu yang berhak mengisi pesaka perjawatan itu hendaklah anak laki-laki keturunan Syed Sha’aban bin Syed Ibrahim.

Manakala perjawatan YAM Tuan Besar diisi anak raja laki-laki keturunan Raja Radin ibni Raja Lenggang dan mesti dipilih YTM Dato’ Undang Yang Empat.

Bagaimana pula YTM Dato’ Undang Sungei Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau? Penentuan bakal YTM Dato’ Undang bagi Empat luak ini berbeza mengikut adat di luak masing-masing.

Sungei Ujong dan Johol mengamalkan sistem WARIS BERUNDANG. Di Luak Sungei Ujong, penentuan YTM Dato’ Undang terletak hak kepada Waris Klana.

Penyandang YTM Dato’ Undang Luak Johol pula ditentukan Buapak Yang Enam, diketuai Kepala Waris Johol iaitu Dato’ Jenang.

Bagi Sungei Ujong, penyandang dipilih mengikut nasab ibu Waris Klana Hulu atau Klana Hilir diikuti nasab bapa berketurunan pembesar.

Manakala YTM Dato’ Undang Luak Johol ditentukan mengikut nasab ibu secara bergilir antara Waris Johol Baruh dan Waris Johol Bukit.

Jelebu dan Rembau memakai sistem LEMBAGA BERUNDANG. Penyandang YTM Dato’ Undang Luak Jelebu ditentukan Lembaga Delapan atau lapan Dato’ Lembaga Tiang Balai Jelebu.

Penyandang YTM Dato’ Undang Luak Rembau dipilih empat Lembaga Baruh dan diperkukuh empat Lembaga Darat Rembau.

Penyandang YTM Dato’ Undang Luak Jelebu dipilih Lembaga Delapan mengikut nasab ibu secara bergilir daripada Waris Ulu Jelebu, Waris Sarin dan Waris Kemin.

Batang tubuh YTM Dato’ Undang Luak Rembau ditentukan empat Lembaga di-Baruh Rembau daripada nasab ibu secara bergilir daripada Waris Biduanda Jakun dan Waris Biduanda Jawa.


Nota 1: YTM Dato’ Undang Yang Empat ialah Pembesar Memerintah bagi Negeri Sembilan dan memerintah bersama YTM Tunku Besar Tampin dan YAM Tuan Besar.

Nota 2: Gelaran Undang Luak Sungei Ujong: YTM Dato’ Klana Petra; Undang Luak Jelebu: YTM Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman; Undang Luak Johol: YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan; Undang Luak Rembau: YTM Dato’ Lela Maharaja / Dato’ Sedia Raja

Nota 3: Pemilihan dan pemberhentian YTM Dato’ Undang Luak mengikut sistem Waris Berundang dan Lembaga Berundang ialah sebahagian Fasal 14 dan Fasal 32 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959

Nota 4: Dalam pemilihan YTM Dato’ Undang Luak Rembau, peranan Lembaga Waris Nan Dua Carak iaitu Dato’ Perba dan Buapak Delapan Kampung (Buapak Biduanda Berundang) hanya menentukan giliran kampung yang berhak menyandang YTM Dato’ Undang Luak Rembau. Selepas giliran kampung ditentukan, barulah berkuasa empat Lembaga Baruh memilih penyandang YTM Dato’ Undang Luak Rembau.


Sumber penceritaan:

1. JSBRAS Vol 53, Notes On Malay History oleh Blagden, 1909
2. Rembau, One of the Nine States: Its History, Constitution, and Customs oleh CWC Parr dan WH Mackray, 1910
3. JMBRAS Vol 22, Sungei Ujong oleh J.M Gullick, 1949
4. Adat Laws in Modern Malaya: Land Tenure, Traditional Government and Religion oleh Micheal Barry Hooker, 1972
5. Negeri Sembilan Gemuk Berpupuk Segar Bersiram: Luak Jelebu oleh Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri dan Kerajaan Negeri Sembilan, 1994
6. Negeri Sembilan Gemuk Berpupuk Segar Bersiram: Luak Johol oleh Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri dan Kerajaan Negeri Sembilan, 1996
7. Legasi Ketuanan Rembau oleh Dharmala N.S, 2009
8. The Rulers of Malaysia: The Four Undang and Tunku Besar Tampin dan Installation of the Undang and Tunku Besar Tampin oleh Norhalim Ibrahim, 2011
9. A History of Selangor & Negeri Sembilan, Richard Olaf Winstedt dan Richard James Wilkinson, 2021

Kongsikan:

Hak Cipta © Copyrights 2023. Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong. All Rights Reserved | Dchampion Creation | Dikemaskini pada 01 Januari 2024.

Share this:

Like this:

Like Loading...
error: Content is protected !!
Portal Rasmi Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong