Majlis ini sentiasa menjunjung Daulat dan Taat Setia kepada Kebawah Kaus YTM Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong sebagai Raja Pemerintah bersama di Negeri Sembilan dalam memperkasakan Adat dan Agama Islam, membantu mempertahankan institusi Raja-raja Melayu, Institusi Adat Istiadat Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu khususnya di Negeri Sembilan Darul Khusus.

Peranan

MEMPERKASAKAN ADAT DAN AGAMA ISLAM, MENJAGA KEBAJIKAN DATO-DATO LEMBAGA, TO’-TO’ BUAPAK, IBUSOKO-IBUSOKO, ANAK-ANAK WARIS, ASNAF DAN MASYARAKAT SETEMPAT.

  • Memastikan Agama Islam dan Adat terurus dengan baik selaras Undang-Undang Tubuh Negeri dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  • Memperjuangkan elaun , kemudahan , keistimewaan untuk Dato-Dato Lembaga, To’-To’ Buapak, Ibusoko-Ibusoko dan Anak-anak Waris dari segenap lingkungan di dalam Luak Sungei Ujong selaras Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.
  • Memperkasa pengetahuan mengenai Istiadat , Agama Islam dan Undang-undang Adat atau seumpamanya dalam kalangan Dato-Dato Lembaga, To’-To’ Buapak , Ibusoko-Ibusoko dan Anak-Anak Waris.
  • Mengeratkan perhubungan silaturrahim sesama Dato-Dato Lembaga, To’-To’ Buapak , Ibusoko-Ibusoko dan Anak-anak Waris agar sentiasa bersatu dan muafakat dalam satu entiti besar dan juga dengan masyarakat setempat di setiap lingkungan dalam Sungei Ujong
  • Membela kebajikan golongan fakir miskin ( asnaf ) dan penduduk setempat di bawah lingkungan Dato-Dato Lembaga dan To’-To’ Buapak di dalam Luak Sungei Ujong
  • Memperkasakan dan meningkatkan ekonomi Dato-Dato-Dato Lembaga, To’-To’ Buapak , Ibusoko-Ibusoko dan Anak-anak Waris dari segi keusahawanan supaya dapat menghasilkan ramai pengusaha yang berjaya.

Moto

PUSAKO BERKHAROMAH –  Pusaka Adat Purbakala yang dilindungi dan diberkati Allah SWT

Visi

Menjadikan Agama Islam dan Adat Purbakala di Sungei Ujong mencapai satu tahap yang tertinggi di dalam Negeri Sembilan khususnya dan di Malaysia secara amnya seterusnya boleh menjadi sebuah Pusat Kecemerlangan Agama Islam dan Adat di Nusantara. Juga mengekalkan dan mempertahankan hak-hak keturunan yang diturun temurunkan dari zaman purbakala lagi yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan.

Misi

Mampu menjalankan segala aktiviti agama Islam dan Adat dengan lancarnya supaya masyarakat dapat menghayati kepentingannya dan seterusnya mengambil usaha untuk memelihara agama Islam dan Adat tersebut sebagai sebahagian cara hidup yang diwarisi zaman berzaman.

Hak Millik © Copyrights 2023. Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong. All Rights Reserved | Dchampion Creation | Dikemaskini pada 01 Januari 2024.

Share this:

Like this:

Like Loading...
error: Content is protected !!
Portal Rasmi Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong