Dato’ Lembaga berkedudukan tinggi di dalam lingkungan di Sungei Ujong atau sukunya di luak Jelebu, Johol dan Rembau. Kebanyakannya menerima elaun Kerajaan Negeri. Ia selaras Fasal 70 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Kerajaan Negeri WAJIB/HENDAKLAH/MESTI memberi elaun kepada Dato’ Lembaga, sebagai pampasan pemberian kuasa mengutip cukai, denda mahkamah dan kutipan zakat.
Ketika majlis kenduri atau upacara adat-istiadat, tempat duduk Dato’ Lembaga mesti disediakan. Permaidani, tabir lingkung, langit-langit mesti dipasang.
Bagi Dato’ Lembaga berkedudukan lebih tinggi dalam sesuatu luak, tilam pandak tiga lapis kain diadakan untuk Dato’ Lembaga duduk. Malah, kerbau mesti disembelih untuk menyambut kedatangan Dato’ Lembaga berkenaan.
Jika anak waris atau anak buah berjumpa Dato’ Lembaga, mesti dibawa wajik, penganan, atau buah tangan yang difikirkan patut untuk diberi kepada Dato’ Lembaga berkenaan.
Sekiranya Dato’ Lembaga berjumpa dengan pegawai kerajaan (Persekutuan atau Negeri), Dato’ Lembaga menggunakan perkataan ‘sahabat beta’ dan pegawai kerajaan berkenaan mesti ‘berpatik’ apabila bercakap.
Jika Dato’ Lembaga hendak berjumpa dengan pegawai kerajaan (daripada Gred 41 hingga Turus) atas sesuatu perkara, Dato’ Lembaga tersebut tidak perlu menunggu.
Dato’ Lembaga berkenaan hanya memperkenalkan diri kepada kakitangan pejabat dan terus masuk. Pegawai kerajaan terbabit akan menyediakan sebuah kerusi dan Dato’ Lembaga itu duduk serta-merta.
Nota 1: Orang Besar Lembaga berperanan pegawai kepada Dato’ Lembaga. Statusnya lebih tinggi daripada To’ Buapak. Orang Besar tidak dipilih tetapi dilantik. Pusaka perjawatan Orang Besar tidak diboleh diwariskan.
Sumber penceritaan:
1. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959
2. Sistem Sosial Adat, Nordin Selat, 1976