Sejarah
sungei Ujong
Yang tiada lengkang di-panas,
Yang tiada lapok oleh hujan;
Sa-tapak tiada lalu,
Sa-tapak tiada surut.
100%
Yang tiada lengkang di-panas,
Yang tiada lapok oleh hujan;
Sa-tapak tiada lalu,
Sa-tapak tiada surut.
Hak Milik © Arkib Sungei Ujong - Terbitan Berfakta & Benar













YTM Dato’ Klana Petra Ma’amor bin YM Dato’ Menteri Kassim mempunyai meriam kapal perang laut sendiri. Meriam jenis QF 6 pounder Hotchkiss Mk I itu diperoleh pada 1918.
Senjata berat itu dibangunkan Syarikat Elswick Ordnance atau dikenali dengan E.O.C. pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Ia berukuran sepanjang 9 kaki dengan berat lebih 2 tan.
Pada 9 September 1996, meriam berkenaan diletak bawah jagaan dan penyelenggaraan Rejimen Askar Melayu Diraja di kem Port Dickson.
Institusi Kejuruteraan Tentera Darat merupakan pihak terlibat sepanjang menjaga dan memelihara meriam kapal perang laut milik YTM Dato’ Undang Luak Sungei Ujong itu.
Meriam 57mm jenis berkenaan sebenarnya dipakai tentera laut untuk berdepan dengan bot laju, bot torpedo dan kapal selam ketika era Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
Ia aktif dalam perkhidmatan ketenteraan dunia antara 1885 hingga 1990. Sekurang-kurangnya 23 angkatan tentera negara seluruh dunia memakai meriam jenis itu. Pada masa tertentu meriam berkenaan dipasang di perairan bagi memantau pergerakan kapal musuh.
Peluru dimuntahkan meriam itu mampu mencapai jarak 4,000 kaki dari tapak tembakan. Setelah lama dijaga dan diselenggara oleh Rejimen Askar Melayu Diraja kini dipulangkan semula ke Balai YTM Undang Luak Sungei Ujong di Ampangan, Seremban pada 3 Julai 2023.
YM Dato’ Maharaja Lela Lembaga Waris Klana di-Hilir memantau kerja-kerja mengalih meriam itu daripada trak Askar Melayu ke perkarangan Balai YTM Undang Luak Sungei Ujong.
Meriam antara kebesaran YTM Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong. Ia lazimnya diletup sebagai penghormatan semasa istiadat menyambut tetamu diraja atau tetamu kenamaan penting ke Balai YTM Undang Luak Sungei Ujong.
Meriam juga diletupkan untuk mengumumkan hari kebesaran penting dalam Islam seperti kedatangan bulan Ramadan, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.
Sumber:
1) Instagram Luak Sungei Ujong, Julai 2023
2) YM Dato’ Johan Tua Tahu Lembaga Waris Klana di-Hulu, Julai 2023